Diriku

Assalamualaikum Semua.


Pada hari ini (5 May 2017), aku cuba membuat blog ini hanya sekadar tempat luahan aku. Mungkin blog ini banyak pasal kehidupan aku atau situasi disekeliling aku. Jadi, memula aku berasa sangat kekok untuk membuat blog( yelah kan ibarat ko bercakap sorang2 sambil menulis diari gitu ko jah hahhahaha tapi why not kan).

Jadi, kenapa aku namakan blog ini GENIE TANAH ? Sebenarnya, ia berkait dengan novel komsas form 4/5 tahun 2010/2011 ( kalu silap maafkan aku yer) so dari situ aku mula berminat dengan nama tu JIN TANAH tetapi aku kasi moden sikit jadilah Genie Tanah sampaikan nama facebook aku guna nama itu.


Ok, aku dikenali sebagai Izyan/ Izzy/ Mek Gemok ( ikut hangpa lah nak panggil aku apa). Aku asal dari Pantai Timur  hah teka lah Kelantan/ Terengganu/ Pahang tapi habis je belajar aku terus menetap di Selangor sampai ditemui jodoh. Alhamdulilah rancangan dari Illahi sangat bagus semua berjalan dengan lancar.
family aku dan suami



Dengan satu kali lafaz dia sah menjadi suamiku (4/2/2017) walaupun banyak dugaan yang kami hadapi alhamdulilah kami sanggup tempuh demi cinta kami bina bersama ( jiwang plak aku ini geli tekak). Oh ya, suamiku bukan orang Selangor yer jauh juga jodoh aku ini ke Perak sana. Ok, aku cerita sikit suami aku ini macam mana orang nya. Dia ini agak kelakar dan senang nak bergaul orang sekeliling ( tak kisah tua ke muda ke budak2 ke) berbanding dengan aku yang suka berdiam dan perhati dulu baru bertindak hahhahah bunyinya agak kelakar kan. Dari situ aku berasa wah bagus senang nak bawa jalan ini dan dia sangat baik untuk aku. Yelah, dia jaga aku sejak aku sambung belajar sampai lah aku kerja. Bila sakit ke lapar dia ada susah senang dia selalu ada disisi. Terima kasih Allah kurnia kan orang begini kepada aku . okay lah xnak lah cerita pasal cintan cintun aku ini keep in secret malu lah.
halal sudah


So, apakah plan aku selepas kahwin?
jeng.. jeng ..jeng... aku masih lalui rutin harian aku sebagai pekerja dan isteri orang.
rancangan untuk ada anak tu terserah kepada Ilahi kami berusaha ke arah tu untuk memeriahkan kehidupan kami.

Ok sampai sini je lah... bye


Comments

Popular Posts